Sunday, March 28, 2010

7 Tabiat Membendung Gejala Sosial Yang Berkesan

ü Membentuk satu keluarga dengan jaya memerlukan usaha

Membendung gejala sosial bermula dari rumah, bermula dengan keluarga, kerana didapati hampir kesmua pesalahlaku berpunca dari suasana keluarga yang bercelaru atau dysfunctional family.

Dr Stephen R Covey menyatakan dalam penulisan nya : “Any successful marriage, any successful family, takes work. It’s not a matter of accident, it’s a matter of achievement. It takes effort and sacrifice.” Maksudnya mana-mana perkahwinan yang berjaya, mana-mana keluarga yang berjaya, memerlukan usaha. Ianya tidak berlaku begitu saja atau dengan tidak sengaja, ianya sebenarnya suatu pencapaian yang diperolehi melalui usaha dan pengorbanan.

Dr Stephen R Covey ialah seorang professor organisational behaviour dari Amerika Syarikat yang menjadi terkenal dengan buku nya The 7 Habits of Highly Effective People, pada tahun 1989, yang menjadi bestseller seluruh dunia dengan jualan melebihi 15 juta naskah dalam pelbagai bahasa.

Sebenarnya 7 Habits Dr Stephen Covey ini mengajak kita mencerminkan diri, merubah keadaan dengan merubah diri sendiri. Start the change from within, bukan dengan menyalah orang lain atau unsur-unsur luaran.

InsyaAllah, dalam beberapa segmen yang seterusnya kita cuba mencerminkan diri kita dengan memupuk 7 habits atau tujuh tabiat ini dalam diri kita sebagai usaha membendung gejala sosial bermula dari rumah.


ü Be Proactive (Bertindak Secara Proaktif)

Dalam usaha membendung sumber gejala sosial, tabiat pertama yang disarankan oleh Dr Covey ialah Be Proactive ataupun bertindaklah secara proaktif.

Untuk mudah kita faham maksud tabiat proaktif ini, kita bandingkan dengan tabiat yang opposite atau bertentangan kepada tabiat proaktif iaitu tabiat reaktif atau bertindak secara reaktif. Reaktif bermaksud bertindakbalas selepas sesuatu perkara terjadi.

Sebagai satu gambaran dan contoh, boleh kita katakan begini:
ð orang yang reaktif ialah orang bertindakbalas selepas anak sudah ditangkap, sudah jadi mat rempit, manakala
ð orang yang proaktif mengambil tindakan mendidik anak dari awal supaya anak tidak jadi mat rempit.

Orang yang reaktif akan bertindakbalas selepas anak dah jadi mat rempit, baru nak menyalahkan orang lain, salahkan polis lah, salahkan JPJ lah tangkap anak dia, salahkan cikgu lah tak betul ajar anak, salahkan semua orang ... kecuali diri sendiri.

Manakala orang proaktif mengambil tindakan sekarang, mendidik anak dengan betul contohnya, supaya anak tidak jadi mat rempit, maka tidak perlu marah pada orang lain.

Sama-samalah kita mencermin diri supaya berusaha untuk memupuk tabiat bertindak secara proaktif ini dalam diri kita.


ü Be Proactive (Bertindak Secara Proaktif) (sambungan)

Orang yang proaktif, atau orang yang bertindak secara proaktif, ialah orang yang menerima tanggungjawab, bahawa masa depan kita dan keluarga adalah bergantung kepada diri kita sendiri, masa depan keluarga dan anak-anak bergantung kepada kelakuan dan tindakan kita sekarang. Kita yang bertanggungjawab menentukan apa yang akan terjadi kepada keluarga dan anak-anak kita, bukan orang lain.

Untuk pendengar Islam, sebenarnya penemuan Dr Stephen Covey ini amat bertepatan dengan firman Allah swt didalam AlQuran yang sudah biasa kita dengar, yang maksudnya ”Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” dalam surah Al Anfal, ayat 53 iaitu kaum itu sendiri mestilah bertindak proaktif merubah diri sendiri dahulu.

Maka untuk menjadi orang yang proaktif dalam membendung sumber gejala sosial, kita perlu terima tanggungjawab dari sekarang kerana tindakan-tindakan dan tingkah laku kita sekarang lah yang akan memberi kesan masa depan supaya keluarga dan anak-anak kita tidak menyumbang kepada gejala sosial tetapi menyumbang kepada kesejahteraan sosial.

Sama-samalah kita mencermin diri samada kita telah menerima tanggungjawab ini dan sedia bertindak proaktif untuk menjadikan keluarga dan anak-anak kita orang yang menyumbang kepada kesejahteraan sosial.


ü Begin With The End In Mind (Bermula Dengan Menetapkan Matlamat)

Setiap kali kita melangkah keluar rumah, biasanya kita telah tetapkan kemana kita nak pergi, nak hantar anak ke sekolah kah, nak pergi pasar kah, nak pergi kerja kah. Dengan ada matlamat tempat yang hendak di tuju maka tahulah kita, kalau naik kereta contohnya, nak belok kiri kah atau nak belok kanan kah dan seumpamanya.

Bayangkan jika kita keluar rumah tapi tak tahu kemana sebenarnya kita nak pergi, nak belok kiri atau kanan pun tak tahu. Ini sudah tentu kerja yang sia-sia.

Hidup kita ini juga adalah satu perjalanan, malah hidup inilah perjalanan kita yang terpenting. Maka perlulah kita menanam tabiat kedua yang di sarankan oleh Dr Stephen Covey iaitu Begin With The End In Mind ataupun mulakan sesuatu dengan menetapkan matlamat, iaitu menetapkan apa yang hendak kita capai dalam hidup berkeluarga

Kalau bukan kita ibu bapa yang menetapkan matlamat hidup untuk anak-anak kita, kita khuatir sebagai ganti ada orang atau unsur luar yang akan menetapkan matlamat hidup untuk anak kita. Kalau unsur luar itu orang baik-baik, alhamdulillah anak kita ada peluang menjadi anak yang baik. Tapi kalau unsur luar itu mat-mat rempit atau pengedar-pengedar VCD lucah atau dadah mungkin anak kita juga akan terjebak dengan gejala sosial. Nauzubillah.

Sama-samalah kita mencermin diri supaya dapat memupuk tabiat bermula dengan menetapkan matlamat ini dalam perjalanan kita hidup berkeluarga.


ü Begin With The End In Mind (Bermula Dengan Menetapkan Matlamat) (sambungan)

Dalam konteks Begin With The End In Mind yang sedang kita bincangkan, sudah tentu matlamat yang ingin kita capai ialah kesejahteraan keluarga dan anak-anak, anak-anak yang tidak terlibat dengan gejala sosial dan menyusahkan masyarakat,

Untuk pendengar Islam, sebenarnya Allah swt telah menetapkan matlamat kita sebagai ibu bapa iaitu seperti firman Nya dalam AlQuran yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”, iaitu Surah At Tahrim, ayat 6.

Kita disarankan menetapkan matlamat yang bukan sahaja terbatas kepada kesejahteraan hidup diri dan anak-anak di dunia, tetapi menetapkan matlamat kesejaheraan hidup diri dan anak-anak hingga ke akhirat. Bukan sahaja takut pada polis, takut pada JPJ, takut pada penguatkuasa Jabatan Agama Islam, tetapi takut kepada balasan Allah jika kita melakukan kejahatan di dunia. Dengan ertikata lain, memberi pendidikan dan kefahaman agama kepada anak-anak. Ada atau tak ada polis, ada atau tak ada JPJ, ada atau tak ada penguatkuasa JAIS, sama saja kerana anak kita akan sentiasa tahu Allah sentiasa ada.

Sama-samalah kita mencermin diri samada kita telah benar-benar menentukan matlamat dalam kehidupan berkeluarga kita untuk kesejahteraan kita dan anak-anak disamping membantu membendung gejala sosial.


ü Put First Things First (Dahulukan Yang Dahulu)

Membendung anak-anak kita dari terjebak dengan gejala sosial memerlukan kita mendidik dan membimbing anak-anak kita dengan nilai-nilai positif.

Dalam konteks ini, satu tabiat yang perlu ada pada diri kita ialah Put First Things First iaitu tabiat ketiga yang dinyatakan oleh Dr Stephen Covey. Ianya susah untuk diterjemahkan secara terus kedalam Bahasa Melayu, tapi maksud nya ialah, dalam membimbing anak-anak, kita kena mengikut proses tabii, melakukan yang utama mengikut sunnah alam, barulah kita dapat mendapat hasil yang kita harapkan dan mencapai matlamat yang kita tetapkan.

Dalam konteks pendidikan dan bimbingan anak-anak, dua tabii yang penting yang perlu kita laksanakan ialah:
Mendidik anak-anak hendaklah bermula dengan diri sendiri
Mendidik anak-anak bermula semenjak bayi baru lahir, malah ada yang mengatakan semasa dalam rahim lagi.

Kita tidak boleh mengharapkan anak-anak kita, apabila sudah remaja, dengan sendiri nya terdidik dengan nilai-nilai positif seperti yang kita matlamatkan jika kita mengabaikan kedua-dua tabii ini.

Semoga kita sama-sama mencermin diri samada kita telah mengikut tabii semulajadi dan meletak keutamaan yang betul dalam usaha membimbing dan mendidik anak-anak kita.


ü Put First Things First (Dahulukan Yang Dahulu) (sambungan)

Dalam mendidik dan membimbing anak-anak kita dengan nilai-nilai positif, kita perlu Put First Things First iaitu mendahulukan yang utama.

Dalam konteks ini, salah satu keutamaan dalam mendidik anak ialah harus bermula dengan kita sendiri sebagai ibu bapa.

Malah dalam ayat yang kita baca sebelum ini iaitu “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”, ayat ini dimulakan dengan ”peliharalah dirimu” barulah diikuti dengan ”dan keluargamu”. Dengan ertikata lain, kita ibu bapa perlu mengamalkan nilai-nilai positif dalam diri kita sendiri dahulu, barulah nilai-nilai ini dapat ditanam dalam anak-anak kita dengan berkesan.

Contohnya, kita hantar anak kita ke masjid untuk belajar mengaji AlQuran dan belajar sembahyang, tetapi kita sendiri tidak sembahyang, tunggu anak di luar masjid dalam kereta saja tapi tak masuk sama-sama mengerjakan sembahyang, maka sukarlah untuk merealisasikan matlamat anak kita mengamal sembahyang. Seperti kata pepetah Melayu ”bapa borek, anak rentek” atau ”cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.”

Semoga kita sama-sama mencermin diri samada kita telah menerapkan diri kita dengan nilai-nilai positif yang kita harapkan dalam anak-anak kita.


ü Put First Things First (Dahulukan Yang Dahulu) (sambungan)

Satu lagi aspek tabiat Put First Things First dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai positif ialah mendidik perlu bermula semenjak bayi baru lahir, malah ada pakar yang mengatakan semasa masih dalam rahim lagi, seperti pepatah Melayu ”membentuk buluh biarlah dari rebung.”

Sebab itulah, dalam Islam contohnya, sebaik saja anak baru lahir kita di sunnatkan mengazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri sesuai dengan hadis Nabi Mohamad saw “Mulakanlah anakmu dengan La illa ha ilallah” Riwayat al-Hakim. Supaya antara kalimah-kalimah pertama yang anak itu dengar ialah kalimah-kalimah yang murni sebagai didikan awal.

Pada umur 10 tahun kita di suruh memukul anak jika masih enggan solat/sembahyang, disuruh memisahkan bilik tidur anak lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Ini semua contoh unsur-unsur pendidikan yang bermula dari awal.

Dalam aspek pendidikan anak sejak dalam rahim lagi, ibu khasnya digalakkan berjiwa tenang dan murni, membanyakkan amal seperti solat sunnat, membaca alQuran dan berzikir agar kemurnian jiwa itu memberi kesan kepada anak dalam kandungan.

Marilah kita sama-sama mencerminkan diri kita, setakat mana kita telah memberi keutamaan kepada mendidik anak kita sedari kecil lagi dalam usaha proaktif membendung keluarga dan anak-anak kita menjadi penyumbang kepada gejala sosial.


ü Think Win/Win (Cari “Kemenangan” Untuk Semua)

Salah satu ciri keluarga yang bercelaru atau dysfunctional family ialah perhubungan yang tidak harmonis diantara ahli keluarga, khasnya hubungan ibu bapa atau suami isteri, contohnya sering berlaku perselisihan faham yang membawa kepada pertengkaran atau pergaduhan antara suami isteri. Pertengkaran atau pergaduhan akan berlarutan jika masing-masing tetap hendak memenangkan idea masing-masing, tidak mahu kalah.

Dalam hubungan suami-isteri dan kekeluargaan, walaupun siapa pun menang pergaduhan, samada ibu atau bapa, yang pasti ialah anak-anak dapat kesan negatif. Ini mungkin menyebabkan mereka mencari keharmonian di luar rumah dan terdedah kepada gejala sosial.

Maka untuk mengelak perkara ini berlaku, ibu bapa, suami isteri, perlu menanamkan tabiat ke empat saranan Dr Stephen Covey iaitu tabiat Think Win-Win. Ini bermakna semua pihak sama-sama mencari penyelesaian yang membawa manfaat kepada semua pihak, solution that benefits everybody, bukan semata-mata mahu menang dalam pergaduhan.

Apa guna nya kita menang pertengkaran dengan isteri atau suami jika ianya memberi kesan negatif kepada anak kita dan membuat nya lari mencari keamanan dan keharmonian di luar rumah?

Jadi sama-samalah kita mencermin diri, sentiasa mencari penyelesaian yang membawa manfaat kepada semua pihak dalam keluarga, sentiasa Think Win-Win.


ü Think Win/Win (Cari “Kemenangan” Untuk Semua) (sambungan)

Untuk mengelak berlaku pergaduhan dan pertengkaran berterusan dalam keluarga, tabiat Think Win/Win perlu menjadi amalan dalam perhubungan ibu bapa.

Untuk pendengar Islam, perkara ini sebenarnya telah diajar oleh baginda Nabi Mohamad saw melalui hadis baginda yang bermaksud “Tinggalkan perbantahan kerana hikmat tidak akan dapat difahami dengannya dan fitnah tidak akan dapat dihindari dengannya” riwayat Imam Tabrani. Dalam keadaan marah tengah bergaduh, kita sebenarnya tidak mampu mencari kebenaran atau penyelesaian sesuatu perkara kerana kita sibuk berfikir bagaimana nak balas balik hujjah, bagaimana nak menang. We listen not to understand but we listen to find words how to reply back.

Firman Allah swt dalam alQuran bermaksud ”Dengan Rahmat daripada Allah kamu berlemah lembut dengan mereka. Jika kamu bersikap keras lagi berhati kasar sudah pasti mereka akan menjauhkan diri darimu” surah Ali-Imran, ayat 159. Jika kedua ibu bapa tetap berkeras untuk menang dalam pergaduhan, kekerasan pergaduhan itu akan membuat anak-anak menjauh diri dari ibu bapa, dari keluarga.

Maka sama-sama lah kita mencerminkan diri, supaya kita sentiasa mengamalkan tabiat Think Win/Win ini dalam hubungan kekeluargaan supaya akhirnya anak-anak kita yang mendapat manfaat dari suasana keluarga yang baik dan harmonis.


ü Seek First To Understand, Then To Be Understood (Berusahalah Memahami Sebelum Meminta Difahami)

Punca utama anak-anak remaja khasnya terlibat dalam gejala sosial ialah kurangnya diberi perhatian dan kurangnya sikap ambil berat oleh ibu bapa. Punca utama ini ialah across the board, melibat semua lapisan masyarakat, yang kaya, yang miskin, yang lulus Universiti, yang lulus SPM, pekerja kerajaan, pekerja swasta, ahli perniagaan, punca utama nya tetap sama.

Satu ungkapan dalam bahasa Inggeris yang menyentuh punca ini berbunyi "I don't care how much you know, until I know how much you care." atau maksudnya secara literal "Saya tidak peduli berapa banyak yang anda tahu, sehingga saya tahu berapa berat anda ambil peduli".

Tabiat kelima yang disarankan oleh Dr Covey iaitu Seek First To Understand, Then To Be Understood, iaitu berusahalah memahami anak kita dahulu sebelum meminta anak kita memahami kita, menuntut kita memberi perhatian, mengambil berat kepada anak-anak, untuk memahami mereka dan seterusnya mencapai penyelesaian yang Win/Win yang memberi kebaikan kepada semua ahli keluarga.

Sama-samalah kita mencerminkan diri, sejauh mana kita bersedia mengamalkan tabiat Seek First to Understand Then To Be Understood dan memberi perhatian dan ambil sikap peduli terhadap anak-anak kita supaya mereka tidak perlu mencari perhatian di luar rumah.


ü Synergise (Sinergi – Membina Melalui Perbezaan)

Hampir semua keharmonian di dunia ini dihasilkan oleh yang bertentangan atau opposites. Siang dan malam silih berganti, biasanya siang kerja dan malam rehat. Panas dan hujan dua-dua diperlukan untuk tanaman subur. Peranan berbeza tetapi sama penting.

Begitulah juga keharmonian keluarga, ibu bapa perlu memainkan peranan yang saling melengkapi, complement each other, berbeza tetapi sama penting. Tabiat keenam yang disarankan Dr Stephen Covey ialah Synergise atau membina melalui perbezaan.

Kebanyakan orang-orang yang berjaya sekarang ini mempunyai cerita yang hampir sama mengenai masa kanak-kanak mereka: seorang ayah yang keras, strict disciplinarian dan seorang ibu yang lemah lembut, memanjakan. Ayah marah, emak pujukkan. Ayah pukul, emak obatkan. Tetapi si emak tetap menyokong si ayah kerana dia tahu kenapa ayah buat macam itu, kedua-dua ada matlamat yang sama iaitu mendidik anak jadi orang baik.

Perbezaan peranan yang saling melengkapi seperti ini, memberi kestabilan kepada anak-anak. Anak-anak dibesar dengan disiplin, apa yang boleh di buat, apa yang tak boleh di buat iaitu tugas ayah, tetapi pada masa yang sama anak ada tempat mengadu, ada tempat bermanja selepas didisiplin, iaitu tugas ibu.

Semoga sama-sama kita mencerminkan diri, sebagai ibu bapa, samada kita bertindak secara sinergi, memainkan peranan yang saling melengkapi demi mengujudkan suasana yang stabil dalam mendidik anak-anak.


ü Synergise (Sinergi – Membina Melalui Perbezaan) (sambungan)

Tabiat Synergise atau membina melalui perbezaan adalah suatu tabiat yang penting dalam membesarkan anak-anak. Masalah boleh timbul jika tiada sinergi atau peranan lengkap-melengkapi diantara ibu dan bapa.

Sebagai contoh, jika kedua-dua ibu bapa bersikap keras, strict disciplinarian, anak-anak akan mencari tempat mengadu, mencari tempat bermanja di luar rumah.

Sebaliknya, jika kedua-dua ibu bapa bersikap memanjakan anak, contohnya memberi kebebasan tanpa kawalan, anak-anak sebenarnya akan rasa tidak secure, tidak selamat, kerana tiada orang yang memberi panduan arah hidup, yang menyebabkan mereka juga mencari orang yang boleh memberi arah hidup di luar rumah.

Tabiat sinergi ini amat bertepatan dengan firman Allah dalam alQuran maksudnya : “... mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka” surah Al Baqarah, ayat 187. Seperti mana pakaian kita antara lain nya ialah guna untuk menutup kelemahan-kelemahan pada badan kita supaya kita nampak lebih sempurna, begitulah tabiat sinergi ini diantara ibu bapa. Masing-masing memainkan peranan berbeza sebagai pelengkap kepada satu sama lain, dan gabungan kedua-dua nya menghasilkan sesuatu yang lebih sempurnya.

Semoga kita sama-sama mencermin diri, setakat mana kita ibu bapa telah bertindak secara sinergi


ü Sharpen The Saw (Memperbaiki Diri dan Perhubungan)

Seperti yang dinyatakan pada awal siri ini, Dr Stephen R Covey menyatakan: “Any successful marriage, any successful family, takes work. It takes effort and sacrifice.” iaitu kejayaan sesuatu perkahwinan, kejayaan sesebuah keluarga, perlu diusahakan. Untuk itu beliau menyarankan tabiat yang ketujuh, iaitu Sharpen The Saw, secaral literal nya bermakna tajamkan gergaji. Gergaji yang diguna untuk memotong kayu tetapi jika tidak diasah, akan menjadi tumpul. Dalam konteks ini bermaksud hendaklah terus-menerus berusaha kearah mengekalkan hubungan intim kekeluargaan terutama diantara suami isteri.

Satu pepatah Cina yang saya baca terjemahan nya dalam bahasa Inggeris menyatakan “If the master bedroom is OK then all the other bedrooms will be OK.” Master bedroom ini ialah bilik tidur suami isteri, ibu dan bapa. Dengan ertikata lain, jika hubungan ibu bapa baik, maka baiklah hubungan seisi keluarga, tetapi jika hubungan ibu bapa tidak baik maka tidak baiklah hubungan seisi keluarga.

Begitulah pentingnya keintiman hubungan suami isteri dalam menentukan kejayaan atau keruntuhan institusi keluarga.

Maka sama-sama lah kita cerminkan diri, sentiasa berusaha sharpen the saw, mengekalkan keintiman suami isteri untuk memastikan ungkapan rumah ku syurga ku menjadi realiti untuk anak-anak kita sehingga mereka tidak perlu mencari syurga dunia lain di luar rumah.


ü Sharpen The Saw (Memperbaiki Diri dan Perhubungan) (sambungan)

Dengan ledakan kemudahan komunikasi zaman sekarang, handphone dengan kemudahan sms dan mms nya, Internet dengan kemudahan laman social network, email dan chatting nya, institusi perkahwinan dan kekeluargaan sebenarnya sedang menghadapi cabaran yang serius. Jika keintiman tidak didapati dalam hubungan suami isteri atau keluarga, amat mudah untuk ahli keluarga mencari keintiman di luar rumah yang membawa kepada keruntuhan institusi perkahwinan dan keluarga itu sendiri dan seterusnya menyumbang kepada gejala sosial.

Dalam mengamal tabiat Sharpen The Saw, selalu kita dengar kaunselor atau motivator kekeluargaan menyarankan suami isteri, terutama yang sudah lama kawin, agar terus mengekalkan perasaan romantik seperti dulu-dulu, dengan mengekalkan perkara-perkara yang pernah dilakukan semasa mula-mula berkenalan atau mula-mula kawin dahulu.

Saudara Pahrol Mohd Juoi, menulis dalam majalah Anis, iaitu sebuah majalah kekeluargaan Islam, menyarankan amalan PANBUSEN iaitu singkatan untuk Pandang, Bual, Sentuh, pandang memandang dengan kasih sayang, berbual-bual dengan mesra dan sentuh-menyentuh untuk mengekalkan hubungan intim ini. PANBUSEN.

Maka marilah kita sama-sama mencerminkan diri, berusaha sharpen our saw, mengamalkan PANBUSEN, Pandang, Bual, Sentuh untuk mengekalkan keintiman suami isteri dan mengukuhkan institusi keluarga itu sendiri.


ü Rumusan

Sebagai rumusan dalam siri membendung gejala sosial bermula dari rumah, kita lihat secara rumusan ketujuh-tujuh tabiat yang disarankan oleh Dr Stephen Covey.

Tabiat pertama : Be Proactive. Iaitu ambil tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dari awal, semenjak kecil.

Tabiat kedua : Begin With The End In Mind. Iaitu mulakanlah perkahwinan kita, hidup berkeluarga kita, dengan menetapkan matlamat, arah tuju, untuk keluarga dan anak-anak kita.

Tabiat ketiga : Put First Things First. Iaitu, salah satu yang utama, mendidik anak hendaklah bermula dengan mendidik diri, ibu bapa sendiri.

Tabiat keempat : Think Win/Win. Iaitu hentikan pertengkaran dan hendaklah mencari penyelesaian yang membawa manfaat untuk semua.

Tabiat kelima : Seek To Understand, Then To Be Understood. Iaitu beri perhatian dan fahami anak-anak kita, supaya kita mampu mendidik mereka dengan lebih tepat sesuai dengan zaman mereka.

Tabiat keenam : Synergise. Iaitu gunakanlah perbezaan peranan ibu dan bapa untuk memberi kestabilan emosi kepada anak-anak.

Tabiat ketujuh : Sharpen The Saw. Iaitu kita berterusan mengamalkan PANBUSEN, pandang, bual, sentuh untuk mengekalkan keintiman suami isteri.

Semoga sama-sama kita mencermin diri dan mengamal tabiat-tabiat positif ini yang boleh membendung gejala sosial bermula dari rumah.

Sunday, March 7, 2010

Don’t Give The Lab A Bad Name

Since the appointment of Datuk Seri Idris Jala as Minister spearheading the Government Transformational Programme (GTP), the Lab has become the latest in-thing among government agencies, including State agencies, and everybody is trying to jump on to the bandwagon.

In the haste to be seen as toeing the line of the Federal Government, there might be a danger of the Lab being given a bad name as government agencies do it without proper understanding of the concept and, more importantly, without properly trained facilitators. As things stand now, in some agencies it seems that any extended brainstorming session is summarily called the Lab and people with a historical link to Datuk Seri Idris Jala in his early Shell days are deemed automatically qualified to facilitate the Lab session.

Some of these Labs are run for only 3-4 days, often with 3-4 sub-labs dealing with different problems witihin the same session, coming up with general solutions and questionable implementation timelines.

Without proper understanding of the Lab process, some facilitators tell the participants that transformation mean to forget the current processes and come up with new processes, as if everything is starting from scratch. That seems to be going against the Lab process of first thoroughly understanding the current processes and identifying bottlenecks, and then dealing with the bottlenecks through innovative and “out of the box” thinking if need be. From my understanding, in the companies that he turned arouind, Datuk Seri Idris Jala did not summarily discard any current processes or reinvent the wheel on everything, but work with whats available but improving them through brave and innovative thinking.

Without proper training, some facilitators might miss actual bottlenecks altogether. For example in one so-called Lab sesion with 5-6 sub-Labs within it, all the sub-Labs identify the unreliable data from the same database system as hindering them to fully computerised their operations. A trained Lab facilitator would have identify that as a bottleneck and zoom in on it, calling in all the required resources and coming up with a detailed solution plan and timeline to resolve the bottleneck. In this case, the problem was mostly put under the “assumptions” page and new processes was drawn up with the assumption that the data issue will be solved. How, when and at what cost? Nobody really knows. The timelines for the implementation of the new processes themselves are then drawn based on this yet-to-be-resolved assumption, which make the whole so-called solution questionable in actual implementability.

Conducted properly, the Lab has been proven time and time again to be an effective tool by Datuk Seri Idris Jala in his turnaround and transformation of failing companies. But there might be a danger of the Lab being given a bad name as government agencies implement it without proper understanding and facilitation, leading to solutions and timelines which are not implementable.

Therefore it may be a good idea if government agencies refer to the Federal Government if they also want to use the Lab as part of their transformation tool. Alternatively the Federal Government can some up with a “certification” scheme to properly train and certify Lab facilitators who can then be assigned to agencies to make sure the Lab is done as it should be done. Let us not spoil a good tool through our own ignorance of what the tool really is.

[I am not a Lab expert or trained facilitator, but in 2007 I had the privilege of having face-to-face briefing with the then Encik Idris Jala and his right-hand man for the transformation programme in MAS, Encik Izani, on the Lab in their office at the MAS complex in Subang Airport, and have some appreciation of the tool]

Tuesday, January 19, 2010

The "Allah" Controvery - My 2 Cents Worth

I read with interest the stubborn stand by some Christians quarters on their supposedly constitutional rights to use the word “Allah” for their Gods besides the One professed by Muslims, although they are aware of the repercussions such actions have brought on socieity as a whole.

All of us have rights under the Constitution. The problem is if all of us are adamant about getting all the rights that we have under the Constitution, havoc would reign as some of the rights might overlap, some our rights might be insensitive or offensive to others. That is where an understanding of the need for the greater good of society as a whole instead of being adamant about our rights can maintain the peaceful and harmonious environment that we enjoy all these while.

I am not a master of religion or religious history. As a Muslim layman, I only know this: in the AlQuran, only the word “Allah” is used to denote the God that we Muslims professed, no other. Please note that Muslim do not consider translations of the AlQuran into other languages as different versions of the AlQuran, they are merely translation whereas the original is still the Arabic text AlQuran. Thus you can say we have no choice as such except to exclusively use the word “Allah”.

But I believe the Christian bible in English all these while use the word “God” and “God” has an accepted translation of “Tuhan” in Bahasa Melayu. Thus there is no exclusive need for Christians to be adamant about using the word “Allah” in their Bahasa Melayu versions of the bible, except for claiming it to be their constitutional right.

For Muslims, we have no choice but to use the word “Allah”. For Christians they have the choice to use other words. For the sake of the greater good of society, for maintaining a peaceful and harmonious environment, would not it make sense for Christians to let go of this alleged constitutional right? Would it be offensive for Christians not to use the word “Allah” but stick to “God”?

Why ask for tolerance from Muslims who do not have other choice except “Allah” but Christians do not have the tolerance to forego using the word “Allah” since they have other choices?

Please note that our Muslim forefathers display great tolerance when they allow the use of the term God or Tuhan in our Rukun Negara “Kepercayaan Kepada Tuhan” or “Belief in God”. Since Islam is the official religion of Malaysia, the Muslim leaders then, who form the majority, could have insisted on using “Kepercayaan Kepada Allah” as the first tenet, but I believe it is their appreciation of the need for the greater good of the society, their sensitivity and tolerance to the other religions in Malaysia that their relent to using “Kepercayaan Kepada Tuhan” so its acceptable to everybody. I think the Christians and other religious leaders at that time, and in the present day, would definitely object to using “Kepercayaan Kepada Allah” in the Rukun Negara.

Again, let the greater good of society as a whole prevail over our individual rights especially if we have got other choices. Unless you really don’t care what will happen to society as long as you get your non-exclusive right. That is the biggest show of intolerance of all.

Sunday, September 6, 2009

Banyak yang telah diperkatakan mengenai kehebatan silat Melayu. Cerita-cerita kehebatan guru-guru silat Melayu selalu kita dengar dan kita baca, tidak sedikit antara nya yang diceritakan oleh orang-orang yang digelar “guru” itu sendiri.

Tetapi ada kemungkinan kehebatan silat Melayu itu sendiri boleh menjadi punca silat Melayu itu sukar untuk dikembangkan dan diterima di persada antarabangsa, terutama yang tidak biasa dengan budaya orang Melayu, berbanding dengan seni-seni beladiri dari budaya lain.

Mengapa saya katakan demikian? Kerana, berani saya katakan, lebih ¾ dari silat Melayu mendapat kehebatan mereka dengan cara ”berdamping” iaitu ada unsur-unsur ilmu ghaib dan makhluk halus. Ini terutamanya untuk silat-silat yang terdapat hanya di sesebuah kampung atau kawasan. Guru-guru silat ini, apabila ditemuramah, akan menceritakan bagaimana mereka berguru/bertarung dengan pelbagai jenis makhluk halus/ganjil sebelum di tabal menjadi guru. Dan untuk menurunkan kehebatan ini perlu ada acara-acara tertentu yang biasanya melibatkan kemenyan, pulut kuning, limau nipis dan sebagainya, disamping amalan ayat-ayat alQuran dan mantera tertentu.

Ini bukan andaian saya semata-mata, tapi yang saya baca dari majalah-majalah dan dengar sendiri dari mulut beberapa guru. Kepantasan tangan, kekuatan pukulan, kekebalan kulit semua nya tidak perlu latihan yang panjang dan sukar, hanya perlu amalan-amalan tertentu untuk mendapat ”pendamping”.

Mengapa saya katakan ianya susah berkembang di persada antarabangsa terutama pada peringkat tertinggi? Kerana kehebatan melalui ”berdampingan” ini seolah-olah hanya dikhususkan kepada bangsa Melayu yang beragama Islam. Ianya tidak dapat digunapakai oleh bangsa Palestin beragama Islam, contohnya, kerana kalau boleh digunapakai sudah tentu ramai pejuang-pejuang Islam Palestin dan Afghanistan, contohnya, kita boleh bawa ke Malaysia untuk belajar dari guru-guru hebat ini supaya mereka kebal dari senjata dan boleh membunuh dari jarak jauh tentera-tentera Israel dan sekutu nya. Malangnya walaupun se agama tapi kita tidak se bangsa, tidak sebudaya.

Kalau dengan saudara seagama tetapi tidak sebudaya pun sudah tidak boleh diturunkan semua kehebatan silat Melayu, bagaimana pula hendak menurunkan segala kehebatan silat Melayu kepada rakan yang bukan seagama dan bukan sebudaya? Sudah tentu ada had yang tertentu kehebatan yang boleh diturunkan.

Berbanding dengan seni beladiri lain seperi karate, tae kwon do, ju jitsu, wing chun, aikido, tai chi contohnya, yang mendapat sambutan meluas di seluruh dunia. Ini kerana semua kehebatan seni-seni ini dapat di turunkan kepada semua orang, tanpa mengira bangsa dan agama, hanya dengan syarat menunjukkan komitmen dan sanggup berlatih tekun. Siapa rajin, dia dapat.

Kehebatan seni-seni ini, walaupun tidak sehebat silat Melayu, boleh di kupas dan diterang prinsip-prinsip nya. Contoh nya aikido dengan prinsip ”dynamic sphere” nya. Semua orang tanpa mengira agama dan budaya, mampu memahami dan mengaplikasi prinsip ini dan mencapai kehebatan tertinggi dalam aikido tanpa perlu ”memeluk” agama shinto dan semangat bushido. Pengamal-pengamal aikido yang mengamal agama shinto dan bushido ialah mereka yang sememangnya pun berminat dengan kajian agama dan budaya, tetapi ia bukan prasyarat untuk menjadi hebat pada peringkat tertinggi dalam aikido. Sekarang ini pun, ramai guru-guru aikido yang mencapai tahap 7 dan - 9 dan berasal dari Eropah dan merupakan tenaga guru yang penting dalam Internationasl Aikido Federation.

Fikirkanlah, jika saudara ada pilihan untuk mepelajari sesuatu seni beladiri A dimana anda mampu mencapai tahap teritnggi kehebatan nya melalui usaha dan perahan tenaga anda sendiri, berbanding satu lagi seni beladiri B yang lebih hebat dari yang seni A tadi tetapi anda tidak mungkin dapat mencapai tahap kehebatan tertinggi itu kerana anda tidak seagama dan sebudaya dengan guru nya. Yang mana satu pilihan anda?

Semoga dapat di renungkan ...

Sunday, May 17, 2009

Gelombang Perubahan Politik (1)

Senario politik negara sekarang ini menunjukkan satu fenomina peralihan, khasnya dikalangan orang-orang Melayu, khasnya lagi dikalangan orang-orang Melayu Semenanjung. Peralihan yang dimaksudkan ialah sokongan yang semakin condong kepada parti politik bukan-Kerajaan, seolah-olah rakyaat amnya dan orang Melayu khasnya mahu satu perubahan. Misalnya ”pegangan” UMNO keatas orang-orang Melayu semakin terhakis dan tercabar sehingga memaksa anjakan paradigma terpaksa dituntut oleh pemimpin tertinggi UMNO untuk survival parti itu di masa-masa akan datang.

Dilihat dari satu segi, ini adalah satu perkembangan biasa dengan kematangan berpolitik. Rakyat sekarang semakin berpendidikan dan bermatlumat dari berbagai sumber.

Pendidikan tidak hanya apa yang diajar di sekolah dan IPT awam tetapi berbagai bahan-bahan rujukan dan percambaan minda boleh didapati secara percuma melalui teknologi ICT. Maklumat bukan sahaja di garap dari media arus perdana yang kebanyakan nya cenderung kepada parti-parti yang memerintah tetapi media bebas melalui teknologi ICT memberi perspektif alternatif yang memberi stimulasi kepada minda rakyat.

Institusi pendidikan dan media arus perdana tidak lagi mempunyai ”monopoli” untuk membentuk pemikiran rakyat seperti 20-30 tahun yang lalu. Rakyat sekarang bukan saja mendapat perspektif dari sumber dalam negara tetapi juga perspektif, pemikiran dan persepsi orang luar negara terhadap apa yang berlaku dalam negara kita. Jika diambil dengan hati dan minda yang terbuka, kadang-kadang kita beroleh lebih banyak kritik yang boleh membina daripada ”musuh” berbanding dari ”kawan” yang mungkin banyak memberi komen yang mengampu ....

Tetapi perubahan arus politik ini bukan semata-mata kerana anjakan pemikiran hasil dari kepelbagaian sumber maklumat. Ini kerana arus perubahan ini tidak berlaku secara sama rata di seluruh negara. Paling ketara ialah jurang perbezaan arus perubahan di antara di Semenanjung dan di Sarawak & Sabah. Saya melihat arus ini lebih kuat dikalangan orang Melayu Semenanjung daripada orang Melayu/bumiputra Sarawak & Sabah sehingga tidak semena-mena kedua-dua negeri ini sekarang menjadi benteng penting BN/UMNO. Boleh dikatakan orang Melayu Sarawak & Sabah terdedah kepada sumber maklumat alternatif sama seperti saudara mereka di Semenanjung, tetapi kesan arus perubahan itu tidak sepanas berbanding saudara-saudara mereka di Semenanjung. Mesti ada sesuatu punca lain yang menyebabkan perbezaan ini ...

Saturday, April 11, 2009

Ahli Politik AI

Wikipedia memberi definisi “artificial intelligence” atau AI (setakat 11 April 2009) seperti berikut:

Major AI textbooks define the field as "the study and design of intelligent agents," where an intelligent agent is a system that perceives its environment and takes actions which maximize its chances of success.
(http://en.wikipedia.org/wiki/Artificial_intelligence)

In
artificial intelligence, an intelligent agent is an autonomous entity which observes and acts upon an environment (i.e. it is an agent) and directs its activity towards achieving goals (i.e. it is rational). Intelligent agents may also learn or use knowledge to achieve their goals.
(http://en.wikipedia.org/wiki/Intelligent_agent)

Dengan ertikata lain, AI ialah sesuatu yang fleksibel, anjal, pragmatic, yang mengimbas keadaan sekeliling nya dan memberi reaksi sesuai dengan keperluan keadaan dalam mana ia berada, sesuai untuk mencapai objektif atau hasrat nya.

Dalam konteks politik semasa, saya merasakan definisi AI ini tepat menggambarkan ahli-ahli politik AI dimana ahli-ahli politik AI ini pintar mengatur strategi dan petah bercakap sesuai dengan keadaan sekeliling dan parti politik mana yang mereka berada sekarang. Apabila dalam Parti Politik A, mereka akan mengguna intelligence yang ada pada mereka untuk menyokong habis-habis Parti A dan mengutuk habis-habis Parti Politik B. Tetapi bila mereka berada dalam Parti B pula, intelligence mereka berubah mengikut environment parti B dan menghentam habis-habis Parti A.

Mereka tidak ada genuine intelligence dalam ertikata mempunyai satu prinsip atau matlamat yang memang sebati dalam diri dan menjadi darah daging yang mereka perjuangkan, tidak kira apa keadaan sekeliling mereka.

Sebenarnya pemerhatian saya ini bukan baru tetapi sudah lama apabila saya melihat gelagat seorang ahli politik AI ini semasa masih in the good books of barisan politik memerintah. Dalam suatu pembentangan di Parlimen awal dalam kerjaya politik nya, ahli politik AI ini menghentam dan menghina habis-habisan sebuah parti politik lawan, seolah-olah parti politik berkenaan tidak pernah menjadi rakan beliau semasa masih dalam NGO dakwah Islam belum lama sebelum itu. Setakat yang pernah saya dengar, ahli-ahli asli dalam barisan politik pemerintah pun tidak pernah mengeluarkan perkataan-perkataan yang sebegitu rupa, most probably because they are Malays dan masih ada rasa hormat tidak mahu mencerca parti politik Islam lawan sebegitu rupa. Tetapi tidak dengan ahli politik AI kita ini.

To me it was an about turn yang menakutkan sehingga sekarang saya masih ingat dan membuat saya tidak dapat respek langsung ahli politik AI ini walau bagaimana pintar dia mengatur strategi dan petah bercakap, kerana pada saya ia nya semua artificial intelligence.

Bagi sesetengah orang, khasnya yang hard-core berjuang atas dasar politik semata-mata, ini mungkin satu perkara biasa bagi ahli politik, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang ayam berkokok. Tetapi itu bukan tarbiyyah perjuangan Islam yang saya terima dan saya faham.

Sudah banyak kali diceritakan, bagaimana Rasulullah saw ditawarkan kepimpinan, kekayaan dan kesenangan hidup oleh pemimpin Quraisy, tetapi baginda menolak dan terus dengan gaya perjuangan baginda ... apa yang rakan-rakan yang memberi tarbiyyah kepada saya dahulu namakan sebagai “kejelasan risalah”.

Kalau ikut environment politik semasa, jika Rasulullah saw hendak mengguna taktik AI pada ketika itu, boleh saja baginda menerima tawaran itu, kemudian senyap-senyap naik pangkat dari dalam puak Quraisy itu sendiri, dengan sifat kepimpinan yang ada pada baginda. Gunakan segala putar belit dan strategi politik untuk naik pangkat untuk menjadi orang nombor 2 atau Timbalan Ketua, dan seterusnya menjadi Ketua pihak Quraisy. Apabila sudah menjadi Ketua tentu mudah untuk baginda mengimplimentasikan Islam, mengenakan hukum-hukum Islam dan seterusnya mengisytiharkan negara Islam.

Tetapi baginda bukan ahli politik AI. Baginda seorang pejuang yang ada genuine intelligence, dengan ”kejelasan risalah”, biar orang terima atau tolak berdasarkan penerimaan jelas risalah yang dibawa baginda.

Dan memang telah terbukti pun, mengguna taktik politk AI, menyorok dari dalam, tidak kemana juga akhirnya ... maka terpaksa lah artificial intelligence itu mengimbas semula environment nya dan menyesuaikan diri dengan pakatan yang baru, termasuk pakatan dengan parti yang pernah dia kutuk habis-habisan dahulu, demi mencari wadah lain untuk mencapai hasrat nya.

Kenapa agaknya taktik politik AI ini tidak berhasil dan tidak diamalkan oleh Rasulullah saw? Kerana mustahil seseorang itu dapat naik pangkat sehingga menjadi orang nombor 2 dalam sesebuah parti tanpa sedikit sebanyak menjadi ”yes man” kepada orang nombor 1, tanpa sedikit sebanyak menerima budaya yang ada dalam parti berkenaan. Corruption, cronyism, siphoning money, hedonism, back stabbing ... mustahil seorang itu dapat naik ke jawatan nombor 2, apa lagi nak jadi orang nombor 1, jika tidak sedikit sebanyak ”endorse” budaya ini walaupun beliau sendiri mendakwa tidak mengamalnya.

Sebagai contoh, berdepan dengan pemilihan menandatangani dokumen yang akan menyebabkan berbillion-billion duit rakyat dibazirkan atau hilang jawatan sebagai orang nombor 2 jika tidak menandatangani, ada ahli politik AI sanggup mengetepikan menjaga hak rakyat dan menandatangani dokumen berkenaan. Once you have signed, its no use saying years later that you signed it because of pressure from the number 1 because the money would have already been spend, gone, the rakyat would already have lost it ... you have an option of resigning there and then if the people’s welfare is genuinely more important in your heart than holding on to your number 2 post, at least if you are a genuine intelligence leader and politician.

Maka demi menjaga ”kejelasan risalah” inilah, baginda Rasulullah saw menolak amalan politik AI ini.

Dikatakan dalam penyelidikan artificial intelligence dalam bidang sains komputer, salah satu indikasi menguji sesuatu sistem AI itu ialah jika manusia berhubung dengan sistem berkenaan disebalik tabir, manusia tidak dapat mengesan samada yang berinteraksi dengan dia itu betul-betul manusia atau sistem AI.

Begitulah juga kita berinteraksi dengan ahli politik AI ini, kita tidak dapat mengesan siapa dia sebenarnya. Kalau dia duduk disebalik tabir parti A, maka dia akan berinteraksi seperti ahli parti A. Kalau dia duduk disebalik tabir parti B, maka dia akan berinteraksi seperti ahli parti B. Jadi siapa kah dia sebenarnya?

Friday, April 10, 2009

Melayu Tak Mahu Belajar ....

Pilihanraya terbaru pada 7 April yang lalu jelas menunjukkan Melayu mudah lupa dan Melayu tidak mahu belajar dari kesilapan ... dalam konteks ini Melayu yang merencana dan merancang publisiti untuk barisan politik.

Semasa musim kempen pilihanraya, media arus utama tidak habis-habis mencanangkan kegagalan sebuah pakatan politik kerana konon nya selama 1 tahun telah gagal membela nasib rakyat, betapa daif nya nasib dan rezeki rakyat sepanjang tempoh 1 tahun tersisih akibat pemerintahan pakatan politik berkenaan. Dicanang-canangkan bagaimana rakyat telah sedar kesilapan mereka dan sedia memilih kembali barisan politik yang memerintah sebelum nya.

Taktik yang sama digunakan semasa pilihanraya kecil tak berapa lama dahulu di Kelantan kalau tak silap. Tetapi nampaknya taktik ini menyebabkan hasil yang sama pada kedua-dua pilihanraya kecil: kemenangan kepada pihak pakatan politik, malah bukan sahaja menang tetapi dengan majoriti yang lebih besar.

Laporan kedaifan yang ”overboard” seperti ini rasa-rasa nya telah memuakkan rakyat, kecuali yang hard-core peminat barisan politik. Terutama untuk rakyat tempatan yang tahu keadaan sebenar ”on the ground”, tidaklah seteruk seperti yang dicanang-canangkan oleh media arus utama atau pengkempen-pengkempen dari luar yang menjenguk muka hanya apabila waktu kempen.

Fikirkanlah, jika ada orang luar tiba-tiba masuk rumah anda dan tiba-tiba mengisytiharkan rumah anda ini sungguh daif, sungguh ketinggalan, dan mengatakan anda telah silap mengemas rumah ... apa agak nya rasa anda? Tentu ada rasa tersinggung sedikit ... kalau tidak pun marah ...

Sebenarnya perkara ini, laporan kedaifan yang ”oveboard”, ada dinyatakan oleh beberapa orang ahli komentar politik selepas kekalahan mengejut pilihanraya kecil di Kelantan dan dikenalpasti sebagai salah satu punca bukan setakat kekalahan barisan politik tetapi kekalahan dengan majoriti yang lebih besar.

Seperti saya katakan tadi, rakyat rasa muak disogok dengan berita-berita yang jelas ”berita mengampu” dan terutama bagi rakyat tempatan, rasa tersinggung pasti menghasilkan ”protest vote” semata-mata untuk mengajar mereka yang angkuh masuk rumah orang terus declare rumah orang itu daif dan perlu diselamatkan.

Satu perkara yang jelas di ”lupa” oleh pengampu-pengampu media arus utama ini ialah, bila mereka mengisytiharkan sesuatu kawasan itu daif setelah 1 tahun diperintah oleh pekatan politik, rakyat sudah boleh befikir dan bertanya ... ”yang menyebabkan terjadi nya kedaifan itu setelah memerintah bertahun-tahun sebelum in siapa?” Rakyat tahu kedaifan yang dahsyat tidak mungkin terjadi sekelip mata dalam 1 tahun pemerintahan pakatan politk tetapi sudah pasti terjadi selama betahun-tahun terabai oleh ... pemerintahan barisan politik yang memerintah selama bertahun-tahun sebeleum ini lah, siapa lagi?

Jadi mencanang-canangkan kedaifan yang sangat selama 1 tahun pemerintahan pakatan politk sebenar menampar muka sendiri kerana rakyat tahu masalah itu bukan di sebabkan 1 tahun tukar tangan pemerintahan tetapi pengabaian bertahun-tahun lama nya oleh pemerintah barisan politik sebelum ini.

Dan rakyat menyatakan kesedaran mereka dengan memberi majoriti yang lebih besar ..... nah, nak lagi? Jadi janglah terpedaya dengan publisiti diri sendiri ....