Sunday, March 28, 2010

7 Tabiat Membendung Gejala Sosial Yang Berkesan

ü Membentuk satu keluarga dengan jaya memerlukan usaha

Membendung gejala sosial bermula dari rumah, bermula dengan keluarga, kerana didapati hampir kesmua pesalahlaku berpunca dari suasana keluarga yang bercelaru atau dysfunctional family.

Dr Stephen R Covey menyatakan dalam penulisan nya : “Any successful marriage, any successful family, takes work. It’s not a matter of accident, it’s a matter of achievement. It takes effort and sacrifice.” Maksudnya mana-mana perkahwinan yang berjaya, mana-mana keluarga yang berjaya, memerlukan usaha. Ianya tidak berlaku begitu saja atau dengan tidak sengaja, ianya sebenarnya suatu pencapaian yang diperolehi melalui usaha dan pengorbanan.

Dr Stephen R Covey ialah seorang professor organisational behaviour dari Amerika Syarikat yang menjadi terkenal dengan buku nya The 7 Habits of Highly Effective People, pada tahun 1989, yang menjadi bestseller seluruh dunia dengan jualan melebihi 15 juta naskah dalam pelbagai bahasa.

Sebenarnya 7 Habits Dr Stephen Covey ini mengajak kita mencerminkan diri, merubah keadaan dengan merubah diri sendiri. Start the change from within, bukan dengan menyalah orang lain atau unsur-unsur luaran.

InsyaAllah, dalam beberapa segmen yang seterusnya kita cuba mencerminkan diri kita dengan memupuk 7 habits atau tujuh tabiat ini dalam diri kita sebagai usaha membendung gejala sosial bermula dari rumah.


ü Be Proactive (Bertindak Secara Proaktif)

Dalam usaha membendung sumber gejala sosial, tabiat pertama yang disarankan oleh Dr Covey ialah Be Proactive ataupun bertindaklah secara proaktif.

Untuk mudah kita faham maksud tabiat proaktif ini, kita bandingkan dengan tabiat yang opposite atau bertentangan kepada tabiat proaktif iaitu tabiat reaktif atau bertindak secara reaktif. Reaktif bermaksud bertindakbalas selepas sesuatu perkara terjadi.

Sebagai satu gambaran dan contoh, boleh kita katakan begini:
ð orang yang reaktif ialah orang bertindakbalas selepas anak sudah ditangkap, sudah jadi mat rempit, manakala
ð orang yang proaktif mengambil tindakan mendidik anak dari awal supaya anak tidak jadi mat rempit.

Orang yang reaktif akan bertindakbalas selepas anak dah jadi mat rempit, baru nak menyalahkan orang lain, salahkan polis lah, salahkan JPJ lah tangkap anak dia, salahkan cikgu lah tak betul ajar anak, salahkan semua orang ... kecuali diri sendiri.

Manakala orang proaktif mengambil tindakan sekarang, mendidik anak dengan betul contohnya, supaya anak tidak jadi mat rempit, maka tidak perlu marah pada orang lain.

Sama-samalah kita mencermin diri supaya berusaha untuk memupuk tabiat bertindak secara proaktif ini dalam diri kita.


ü Be Proactive (Bertindak Secara Proaktif) (sambungan)

Orang yang proaktif, atau orang yang bertindak secara proaktif, ialah orang yang menerima tanggungjawab, bahawa masa depan kita dan keluarga adalah bergantung kepada diri kita sendiri, masa depan keluarga dan anak-anak bergantung kepada kelakuan dan tindakan kita sekarang. Kita yang bertanggungjawab menentukan apa yang akan terjadi kepada keluarga dan anak-anak kita, bukan orang lain.

Untuk pendengar Islam, sebenarnya penemuan Dr Stephen Covey ini amat bertepatan dengan firman Allah swt didalam AlQuran yang sudah biasa kita dengar, yang maksudnya ”Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” dalam surah Al Anfal, ayat 53 iaitu kaum itu sendiri mestilah bertindak proaktif merubah diri sendiri dahulu.

Maka untuk menjadi orang yang proaktif dalam membendung sumber gejala sosial, kita perlu terima tanggungjawab dari sekarang kerana tindakan-tindakan dan tingkah laku kita sekarang lah yang akan memberi kesan masa depan supaya keluarga dan anak-anak kita tidak menyumbang kepada gejala sosial tetapi menyumbang kepada kesejahteraan sosial.

Sama-samalah kita mencermin diri samada kita telah menerima tanggungjawab ini dan sedia bertindak proaktif untuk menjadikan keluarga dan anak-anak kita orang yang menyumbang kepada kesejahteraan sosial.


ü Begin With The End In Mind (Bermula Dengan Menetapkan Matlamat)

Setiap kali kita melangkah keluar rumah, biasanya kita telah tetapkan kemana kita nak pergi, nak hantar anak ke sekolah kah, nak pergi pasar kah, nak pergi kerja kah. Dengan ada matlamat tempat yang hendak di tuju maka tahulah kita, kalau naik kereta contohnya, nak belok kiri kah atau nak belok kanan kah dan seumpamanya.

Bayangkan jika kita keluar rumah tapi tak tahu kemana sebenarnya kita nak pergi, nak belok kiri atau kanan pun tak tahu. Ini sudah tentu kerja yang sia-sia.

Hidup kita ini juga adalah satu perjalanan, malah hidup inilah perjalanan kita yang terpenting. Maka perlulah kita menanam tabiat kedua yang di sarankan oleh Dr Stephen Covey iaitu Begin With The End In Mind ataupun mulakan sesuatu dengan menetapkan matlamat, iaitu menetapkan apa yang hendak kita capai dalam hidup berkeluarga

Kalau bukan kita ibu bapa yang menetapkan matlamat hidup untuk anak-anak kita, kita khuatir sebagai ganti ada orang atau unsur luar yang akan menetapkan matlamat hidup untuk anak kita. Kalau unsur luar itu orang baik-baik, alhamdulillah anak kita ada peluang menjadi anak yang baik. Tapi kalau unsur luar itu mat-mat rempit atau pengedar-pengedar VCD lucah atau dadah mungkin anak kita juga akan terjebak dengan gejala sosial. Nauzubillah.

Sama-samalah kita mencermin diri supaya dapat memupuk tabiat bermula dengan menetapkan matlamat ini dalam perjalanan kita hidup berkeluarga.


ü Begin With The End In Mind (Bermula Dengan Menetapkan Matlamat) (sambungan)

Dalam konteks Begin With The End In Mind yang sedang kita bincangkan, sudah tentu matlamat yang ingin kita capai ialah kesejahteraan keluarga dan anak-anak, anak-anak yang tidak terlibat dengan gejala sosial dan menyusahkan masyarakat,

Untuk pendengar Islam, sebenarnya Allah swt telah menetapkan matlamat kita sebagai ibu bapa iaitu seperti firman Nya dalam AlQuran yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”, iaitu Surah At Tahrim, ayat 6.

Kita disarankan menetapkan matlamat yang bukan sahaja terbatas kepada kesejahteraan hidup diri dan anak-anak di dunia, tetapi menetapkan matlamat kesejaheraan hidup diri dan anak-anak hingga ke akhirat. Bukan sahaja takut pada polis, takut pada JPJ, takut pada penguatkuasa Jabatan Agama Islam, tetapi takut kepada balasan Allah jika kita melakukan kejahatan di dunia. Dengan ertikata lain, memberi pendidikan dan kefahaman agama kepada anak-anak. Ada atau tak ada polis, ada atau tak ada JPJ, ada atau tak ada penguatkuasa JAIS, sama saja kerana anak kita akan sentiasa tahu Allah sentiasa ada.

Sama-samalah kita mencermin diri samada kita telah benar-benar menentukan matlamat dalam kehidupan berkeluarga kita untuk kesejahteraan kita dan anak-anak disamping membantu membendung gejala sosial.


ü Put First Things First (Dahulukan Yang Dahulu)

Membendung anak-anak kita dari terjebak dengan gejala sosial memerlukan kita mendidik dan membimbing anak-anak kita dengan nilai-nilai positif.

Dalam konteks ini, satu tabiat yang perlu ada pada diri kita ialah Put First Things First iaitu tabiat ketiga yang dinyatakan oleh Dr Stephen Covey. Ianya susah untuk diterjemahkan secara terus kedalam Bahasa Melayu, tapi maksud nya ialah, dalam membimbing anak-anak, kita kena mengikut proses tabii, melakukan yang utama mengikut sunnah alam, barulah kita dapat mendapat hasil yang kita harapkan dan mencapai matlamat yang kita tetapkan.

Dalam konteks pendidikan dan bimbingan anak-anak, dua tabii yang penting yang perlu kita laksanakan ialah:
Mendidik anak-anak hendaklah bermula dengan diri sendiri
Mendidik anak-anak bermula semenjak bayi baru lahir, malah ada yang mengatakan semasa dalam rahim lagi.

Kita tidak boleh mengharapkan anak-anak kita, apabila sudah remaja, dengan sendiri nya terdidik dengan nilai-nilai positif seperti yang kita matlamatkan jika kita mengabaikan kedua-dua tabii ini.

Semoga kita sama-sama mencermin diri samada kita telah mengikut tabii semulajadi dan meletak keutamaan yang betul dalam usaha membimbing dan mendidik anak-anak kita.


ü Put First Things First (Dahulukan Yang Dahulu) (sambungan)

Dalam mendidik dan membimbing anak-anak kita dengan nilai-nilai positif, kita perlu Put First Things First iaitu mendahulukan yang utama.

Dalam konteks ini, salah satu keutamaan dalam mendidik anak ialah harus bermula dengan kita sendiri sebagai ibu bapa.

Malah dalam ayat yang kita baca sebelum ini iaitu “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”, ayat ini dimulakan dengan ”peliharalah dirimu” barulah diikuti dengan ”dan keluargamu”. Dengan ertikata lain, kita ibu bapa perlu mengamalkan nilai-nilai positif dalam diri kita sendiri dahulu, barulah nilai-nilai ini dapat ditanam dalam anak-anak kita dengan berkesan.

Contohnya, kita hantar anak kita ke masjid untuk belajar mengaji AlQuran dan belajar sembahyang, tetapi kita sendiri tidak sembahyang, tunggu anak di luar masjid dalam kereta saja tapi tak masuk sama-sama mengerjakan sembahyang, maka sukarlah untuk merealisasikan matlamat anak kita mengamal sembahyang. Seperti kata pepetah Melayu ”bapa borek, anak rentek” atau ”cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.”

Semoga kita sama-sama mencermin diri samada kita telah menerapkan diri kita dengan nilai-nilai positif yang kita harapkan dalam anak-anak kita.


ü Put First Things First (Dahulukan Yang Dahulu) (sambungan)

Satu lagi aspek tabiat Put First Things First dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai positif ialah mendidik perlu bermula semenjak bayi baru lahir, malah ada pakar yang mengatakan semasa masih dalam rahim lagi, seperti pepatah Melayu ”membentuk buluh biarlah dari rebung.”

Sebab itulah, dalam Islam contohnya, sebaik saja anak baru lahir kita di sunnatkan mengazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri sesuai dengan hadis Nabi Mohamad saw “Mulakanlah anakmu dengan La illa ha ilallah” Riwayat al-Hakim. Supaya antara kalimah-kalimah pertama yang anak itu dengar ialah kalimah-kalimah yang murni sebagai didikan awal.

Pada umur 10 tahun kita di suruh memukul anak jika masih enggan solat/sembahyang, disuruh memisahkan bilik tidur anak lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Ini semua contoh unsur-unsur pendidikan yang bermula dari awal.

Dalam aspek pendidikan anak sejak dalam rahim lagi, ibu khasnya digalakkan berjiwa tenang dan murni, membanyakkan amal seperti solat sunnat, membaca alQuran dan berzikir agar kemurnian jiwa itu memberi kesan kepada anak dalam kandungan.

Marilah kita sama-sama mencerminkan diri kita, setakat mana kita telah memberi keutamaan kepada mendidik anak kita sedari kecil lagi dalam usaha proaktif membendung keluarga dan anak-anak kita menjadi penyumbang kepada gejala sosial.


ü Think Win/Win (Cari “Kemenangan” Untuk Semua)

Salah satu ciri keluarga yang bercelaru atau dysfunctional family ialah perhubungan yang tidak harmonis diantara ahli keluarga, khasnya hubungan ibu bapa atau suami isteri, contohnya sering berlaku perselisihan faham yang membawa kepada pertengkaran atau pergaduhan antara suami isteri. Pertengkaran atau pergaduhan akan berlarutan jika masing-masing tetap hendak memenangkan idea masing-masing, tidak mahu kalah.

Dalam hubungan suami-isteri dan kekeluargaan, walaupun siapa pun menang pergaduhan, samada ibu atau bapa, yang pasti ialah anak-anak dapat kesan negatif. Ini mungkin menyebabkan mereka mencari keharmonian di luar rumah dan terdedah kepada gejala sosial.

Maka untuk mengelak perkara ini berlaku, ibu bapa, suami isteri, perlu menanamkan tabiat ke empat saranan Dr Stephen Covey iaitu tabiat Think Win-Win. Ini bermakna semua pihak sama-sama mencari penyelesaian yang membawa manfaat kepada semua pihak, solution that benefits everybody, bukan semata-mata mahu menang dalam pergaduhan.

Apa guna nya kita menang pertengkaran dengan isteri atau suami jika ianya memberi kesan negatif kepada anak kita dan membuat nya lari mencari keamanan dan keharmonian di luar rumah?

Jadi sama-samalah kita mencermin diri, sentiasa mencari penyelesaian yang membawa manfaat kepada semua pihak dalam keluarga, sentiasa Think Win-Win.


ü Think Win/Win (Cari “Kemenangan” Untuk Semua) (sambungan)

Untuk mengelak berlaku pergaduhan dan pertengkaran berterusan dalam keluarga, tabiat Think Win/Win perlu menjadi amalan dalam perhubungan ibu bapa.

Untuk pendengar Islam, perkara ini sebenarnya telah diajar oleh baginda Nabi Mohamad saw melalui hadis baginda yang bermaksud “Tinggalkan perbantahan kerana hikmat tidak akan dapat difahami dengannya dan fitnah tidak akan dapat dihindari dengannya” riwayat Imam Tabrani. Dalam keadaan marah tengah bergaduh, kita sebenarnya tidak mampu mencari kebenaran atau penyelesaian sesuatu perkara kerana kita sibuk berfikir bagaimana nak balas balik hujjah, bagaimana nak menang. We listen not to understand but we listen to find words how to reply back.

Firman Allah swt dalam alQuran bermaksud ”Dengan Rahmat daripada Allah kamu berlemah lembut dengan mereka. Jika kamu bersikap keras lagi berhati kasar sudah pasti mereka akan menjauhkan diri darimu” surah Ali-Imran, ayat 159. Jika kedua ibu bapa tetap berkeras untuk menang dalam pergaduhan, kekerasan pergaduhan itu akan membuat anak-anak menjauh diri dari ibu bapa, dari keluarga.

Maka sama-sama lah kita mencerminkan diri, supaya kita sentiasa mengamalkan tabiat Think Win/Win ini dalam hubungan kekeluargaan supaya akhirnya anak-anak kita yang mendapat manfaat dari suasana keluarga yang baik dan harmonis.


ü Seek First To Understand, Then To Be Understood (Berusahalah Memahami Sebelum Meminta Difahami)

Punca utama anak-anak remaja khasnya terlibat dalam gejala sosial ialah kurangnya diberi perhatian dan kurangnya sikap ambil berat oleh ibu bapa. Punca utama ini ialah across the board, melibat semua lapisan masyarakat, yang kaya, yang miskin, yang lulus Universiti, yang lulus SPM, pekerja kerajaan, pekerja swasta, ahli perniagaan, punca utama nya tetap sama.

Satu ungkapan dalam bahasa Inggeris yang menyentuh punca ini berbunyi "I don't care how much you know, until I know how much you care." atau maksudnya secara literal "Saya tidak peduli berapa banyak yang anda tahu, sehingga saya tahu berapa berat anda ambil peduli".

Tabiat kelima yang disarankan oleh Dr Covey iaitu Seek First To Understand, Then To Be Understood, iaitu berusahalah memahami anak kita dahulu sebelum meminta anak kita memahami kita, menuntut kita memberi perhatian, mengambil berat kepada anak-anak, untuk memahami mereka dan seterusnya mencapai penyelesaian yang Win/Win yang memberi kebaikan kepada semua ahli keluarga.

Sama-samalah kita mencerminkan diri, sejauh mana kita bersedia mengamalkan tabiat Seek First to Understand Then To Be Understood dan memberi perhatian dan ambil sikap peduli terhadap anak-anak kita supaya mereka tidak perlu mencari perhatian di luar rumah.


ü Synergise (Sinergi – Membina Melalui Perbezaan)

Hampir semua keharmonian di dunia ini dihasilkan oleh yang bertentangan atau opposites. Siang dan malam silih berganti, biasanya siang kerja dan malam rehat. Panas dan hujan dua-dua diperlukan untuk tanaman subur. Peranan berbeza tetapi sama penting.

Begitulah juga keharmonian keluarga, ibu bapa perlu memainkan peranan yang saling melengkapi, complement each other, berbeza tetapi sama penting. Tabiat keenam yang disarankan Dr Stephen Covey ialah Synergise atau membina melalui perbezaan.

Kebanyakan orang-orang yang berjaya sekarang ini mempunyai cerita yang hampir sama mengenai masa kanak-kanak mereka: seorang ayah yang keras, strict disciplinarian dan seorang ibu yang lemah lembut, memanjakan. Ayah marah, emak pujukkan. Ayah pukul, emak obatkan. Tetapi si emak tetap menyokong si ayah kerana dia tahu kenapa ayah buat macam itu, kedua-dua ada matlamat yang sama iaitu mendidik anak jadi orang baik.

Perbezaan peranan yang saling melengkapi seperti ini, memberi kestabilan kepada anak-anak. Anak-anak dibesar dengan disiplin, apa yang boleh di buat, apa yang tak boleh di buat iaitu tugas ayah, tetapi pada masa yang sama anak ada tempat mengadu, ada tempat bermanja selepas didisiplin, iaitu tugas ibu.

Semoga sama-sama kita mencerminkan diri, sebagai ibu bapa, samada kita bertindak secara sinergi, memainkan peranan yang saling melengkapi demi mengujudkan suasana yang stabil dalam mendidik anak-anak.


ü Synergise (Sinergi – Membina Melalui Perbezaan) (sambungan)

Tabiat Synergise atau membina melalui perbezaan adalah suatu tabiat yang penting dalam membesarkan anak-anak. Masalah boleh timbul jika tiada sinergi atau peranan lengkap-melengkapi diantara ibu dan bapa.

Sebagai contoh, jika kedua-dua ibu bapa bersikap keras, strict disciplinarian, anak-anak akan mencari tempat mengadu, mencari tempat bermanja di luar rumah.

Sebaliknya, jika kedua-dua ibu bapa bersikap memanjakan anak, contohnya memberi kebebasan tanpa kawalan, anak-anak sebenarnya akan rasa tidak secure, tidak selamat, kerana tiada orang yang memberi panduan arah hidup, yang menyebabkan mereka juga mencari orang yang boleh memberi arah hidup di luar rumah.

Tabiat sinergi ini amat bertepatan dengan firman Allah dalam alQuran maksudnya : “... mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka” surah Al Baqarah, ayat 187. Seperti mana pakaian kita antara lain nya ialah guna untuk menutup kelemahan-kelemahan pada badan kita supaya kita nampak lebih sempurna, begitulah tabiat sinergi ini diantara ibu bapa. Masing-masing memainkan peranan berbeza sebagai pelengkap kepada satu sama lain, dan gabungan kedua-dua nya menghasilkan sesuatu yang lebih sempurnya.

Semoga kita sama-sama mencermin diri, setakat mana kita ibu bapa telah bertindak secara sinergi


ü Sharpen The Saw (Memperbaiki Diri dan Perhubungan)

Seperti yang dinyatakan pada awal siri ini, Dr Stephen R Covey menyatakan: “Any successful marriage, any successful family, takes work. It takes effort and sacrifice.” iaitu kejayaan sesuatu perkahwinan, kejayaan sesebuah keluarga, perlu diusahakan. Untuk itu beliau menyarankan tabiat yang ketujuh, iaitu Sharpen The Saw, secaral literal nya bermakna tajamkan gergaji. Gergaji yang diguna untuk memotong kayu tetapi jika tidak diasah, akan menjadi tumpul. Dalam konteks ini bermaksud hendaklah terus-menerus berusaha kearah mengekalkan hubungan intim kekeluargaan terutama diantara suami isteri.

Satu pepatah Cina yang saya baca terjemahan nya dalam bahasa Inggeris menyatakan “If the master bedroom is OK then all the other bedrooms will be OK.” Master bedroom ini ialah bilik tidur suami isteri, ibu dan bapa. Dengan ertikata lain, jika hubungan ibu bapa baik, maka baiklah hubungan seisi keluarga, tetapi jika hubungan ibu bapa tidak baik maka tidak baiklah hubungan seisi keluarga.

Begitulah pentingnya keintiman hubungan suami isteri dalam menentukan kejayaan atau keruntuhan institusi keluarga.

Maka sama-sama lah kita cerminkan diri, sentiasa berusaha sharpen the saw, mengekalkan keintiman suami isteri untuk memastikan ungkapan rumah ku syurga ku menjadi realiti untuk anak-anak kita sehingga mereka tidak perlu mencari syurga dunia lain di luar rumah.


ü Sharpen The Saw (Memperbaiki Diri dan Perhubungan) (sambungan)

Dengan ledakan kemudahan komunikasi zaman sekarang, handphone dengan kemudahan sms dan mms nya, Internet dengan kemudahan laman social network, email dan chatting nya, institusi perkahwinan dan kekeluargaan sebenarnya sedang menghadapi cabaran yang serius. Jika keintiman tidak didapati dalam hubungan suami isteri atau keluarga, amat mudah untuk ahli keluarga mencari keintiman di luar rumah yang membawa kepada keruntuhan institusi perkahwinan dan keluarga itu sendiri dan seterusnya menyumbang kepada gejala sosial.

Dalam mengamal tabiat Sharpen The Saw, selalu kita dengar kaunselor atau motivator kekeluargaan menyarankan suami isteri, terutama yang sudah lama kawin, agar terus mengekalkan perasaan romantik seperti dulu-dulu, dengan mengekalkan perkara-perkara yang pernah dilakukan semasa mula-mula berkenalan atau mula-mula kawin dahulu.

Saudara Pahrol Mohd Juoi, menulis dalam majalah Anis, iaitu sebuah majalah kekeluargaan Islam, menyarankan amalan PANBUSEN iaitu singkatan untuk Pandang, Bual, Sentuh, pandang memandang dengan kasih sayang, berbual-bual dengan mesra dan sentuh-menyentuh untuk mengekalkan hubungan intim ini. PANBUSEN.

Maka marilah kita sama-sama mencerminkan diri, berusaha sharpen our saw, mengamalkan PANBUSEN, Pandang, Bual, Sentuh untuk mengekalkan keintiman suami isteri dan mengukuhkan institusi keluarga itu sendiri.


ü Rumusan

Sebagai rumusan dalam siri membendung gejala sosial bermula dari rumah, kita lihat secara rumusan ketujuh-tujuh tabiat yang disarankan oleh Dr Stephen Covey.

Tabiat pertama : Be Proactive. Iaitu ambil tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dari awal, semenjak kecil.

Tabiat kedua : Begin With The End In Mind. Iaitu mulakanlah perkahwinan kita, hidup berkeluarga kita, dengan menetapkan matlamat, arah tuju, untuk keluarga dan anak-anak kita.

Tabiat ketiga : Put First Things First. Iaitu, salah satu yang utama, mendidik anak hendaklah bermula dengan mendidik diri, ibu bapa sendiri.

Tabiat keempat : Think Win/Win. Iaitu hentikan pertengkaran dan hendaklah mencari penyelesaian yang membawa manfaat untuk semua.

Tabiat kelima : Seek To Understand, Then To Be Understood. Iaitu beri perhatian dan fahami anak-anak kita, supaya kita mampu mendidik mereka dengan lebih tepat sesuai dengan zaman mereka.

Tabiat keenam : Synergise. Iaitu gunakanlah perbezaan peranan ibu dan bapa untuk memberi kestabilan emosi kepada anak-anak.

Tabiat ketujuh : Sharpen The Saw. Iaitu kita berterusan mengamalkan PANBUSEN, pandang, bual, sentuh untuk mengekalkan keintiman suami isteri.

Semoga sama-sama kita mencermin diri dan mengamal tabiat-tabiat positif ini yang boleh membendung gejala sosial bermula dari rumah.

Sunday, March 7, 2010

Don’t Give The Lab A Bad Name

Since the appointment of Datuk Seri Idris Jala as Minister spearheading the Government Transformational Programme (GTP), the Lab has become the latest in-thing among government agencies, including State agencies, and everybody is trying to jump on to the bandwagon.

In the haste to be seen as toeing the line of the Federal Government, there might be a danger of the Lab being given a bad name as government agencies do it without proper understanding of the concept and, more importantly, without properly trained facilitators. As things stand now, in some agencies it seems that any extended brainstorming session is summarily called the Lab and people with a historical link to Datuk Seri Idris Jala in his early Shell days are deemed automatically qualified to facilitate the Lab session.

Some of these Labs are run for only 3-4 days, often with 3-4 sub-labs dealing with different problems witihin the same session, coming up with general solutions and questionable implementation timelines.

Without proper understanding of the Lab process, some facilitators tell the participants that transformation mean to forget the current processes and come up with new processes, as if everything is starting from scratch. That seems to be going against the Lab process of first thoroughly understanding the current processes and identifying bottlenecks, and then dealing with the bottlenecks through innovative and “out of the box” thinking if need be. From my understanding, in the companies that he turned arouind, Datuk Seri Idris Jala did not summarily discard any current processes or reinvent the wheel on everything, but work with whats available but improving them through brave and innovative thinking.

Without proper training, some facilitators might miss actual bottlenecks altogether. For example in one so-called Lab sesion with 5-6 sub-Labs within it, all the sub-Labs identify the unreliable data from the same database system as hindering them to fully computerised their operations. A trained Lab facilitator would have identify that as a bottleneck and zoom in on it, calling in all the required resources and coming up with a detailed solution plan and timeline to resolve the bottleneck. In this case, the problem was mostly put under the “assumptions” page and new processes was drawn up with the assumption that the data issue will be solved. How, when and at what cost? Nobody really knows. The timelines for the implementation of the new processes themselves are then drawn based on this yet-to-be-resolved assumption, which make the whole so-called solution questionable in actual implementability.

Conducted properly, the Lab has been proven time and time again to be an effective tool by Datuk Seri Idris Jala in his turnaround and transformation of failing companies. But there might be a danger of the Lab being given a bad name as government agencies implement it without proper understanding and facilitation, leading to solutions and timelines which are not implementable.

Therefore it may be a good idea if government agencies refer to the Federal Government if they also want to use the Lab as part of their transformation tool. Alternatively the Federal Government can some up with a “certification” scheme to properly train and certify Lab facilitators who can then be assigned to agencies to make sure the Lab is done as it should be done. Let us not spoil a good tool through our own ignorance of what the tool really is.

[I am not a Lab expert or trained facilitator, but in 2007 I had the privilege of having face-to-face briefing with the then Encik Idris Jala and his right-hand man for the transformation programme in MAS, Encik Izani, on the Lab in their office at the MAS complex in Subang Airport, and have some appreciation of the tool]