Senario politik negara sekarang ini menunjukkan satu fenomina peralihan, khasnya dikalangan orang-orang Melayu, khasnya lagi dikalangan orang-orang Melayu Semenanjung. Peralihan yang dimaksudkan ialah sokongan yang semakin condong kepada parti politik bukan-Kerajaan, seolah-olah rakyaat amnya dan orang Melayu khasnya mahu satu perubahan. Misalnya ”pegangan” UMNO keatas orang-orang Melayu semakin terhakis dan tercabar sehingga memaksa anjakan paradigma terpaksa dituntut oleh pemimpin tertinggi UMNO untuk survival parti itu di masa-masa akan datang.
Dilihat dari satu segi, ini adalah satu perkembangan biasa dengan kematangan berpolitik. Rakyat sekarang semakin berpendidikan dan bermatlumat dari berbagai sumber.
Pendidikan tidak hanya apa yang diajar di sekolah dan IPT awam tetapi berbagai bahan-bahan rujukan dan percambaan minda boleh didapati secara percuma melalui teknologi ICT. Maklumat bukan sahaja di garap dari media arus perdana yang kebanyakan nya cenderung kepada parti-parti yang memerintah tetapi media bebas melalui teknologi ICT memberi perspektif alternatif yang memberi stimulasi kepada minda rakyat.
Institusi pendidikan dan media arus perdana tidak lagi mempunyai ”monopoli” untuk membentuk pemikiran rakyat seperti 20-30 tahun yang lalu. Rakyat sekarang bukan saja mendapat perspektif dari sumber dalam negara tetapi juga perspektif, pemikiran dan persepsi orang luar negara terhadap apa yang berlaku dalam negara kita. Jika diambil dengan hati dan minda yang terbuka, kadang-kadang kita beroleh lebih banyak kritik yang boleh membina daripada ”musuh” berbanding dari ”kawan” yang mungkin banyak memberi komen yang mengampu ....
Tetapi perubahan arus politik ini bukan semata-mata kerana anjakan pemikiran hasil dari kepelbagaian sumber maklumat. Ini kerana arus perubahan ini tidak berlaku secara sama rata di seluruh negara. Paling ketara ialah jurang perbezaan arus perubahan di antara di Semenanjung dan di Sarawak & Sabah. Saya melihat arus ini lebih kuat dikalangan orang Melayu Semenanjung daripada orang Melayu/bumiputra Sarawak & Sabah sehingga tidak semena-mena kedua-dua negeri ini sekarang menjadi benteng penting BN/UMNO. Boleh dikatakan orang Melayu Sarawak & Sabah terdedah kepada sumber maklumat alternatif sama seperti saudara mereka di Semenanjung, tetapi kesan arus perubahan itu tidak sepanas berbanding saudara-saudara mereka di Semenanjung. Mesti ada sesuatu punca lain yang menyebabkan perbezaan ini ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment