Salah satu slogan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ialah “Daulatkan Bahasa Melayu”. Di sini saya ingin mencadangkan agar slogan itu di ubah sedikit kepada “Daulatkan Ilmu Bangsa Melayu” dan peranan GMP di alih arah sedikit kepada Gerakan Majukan Pengetahuan bangsa Melayu.
Mungkin slogan dan peranan ini akan memberi fokus kepada cabaran yang lebih kritikal untuk kelangsungan bangsa Melayu sekarang iaitu cabaran kedudukan bangsa Melayu dalam ilmu pengetahuan yang sekarang menjadi penentu kuasa dan kepimpinan. Bukan kuasa dan kepimpinan politk tetapi kuasa dan kepimpinan dalam kehidupan realiti seharian.
Sekarang ini disebutkan mengenai k-ekonomi, k-pekerja dan pelbagai “k” lagi untuk menggambarkan pentingnya ilmu (k = knowledge).
Saya mempercayai sesiapa yang mempunyai ‘isi’ boleh menentukan ‘kulit’ untuk “membungkus” isi berkenaan. Orang lain yang ingin kan ‘isi’ itu mahu tidak mahu kenalah belajar ‘kulit’ nya.
Bangsa yang mempunyai ilmu boleh menentukan bahasa apa digunakan untuk menyampai ilmu berkenaan. Bangsa lain yang ingin kepada ilmu ini mahu tidak mahu kenalah belajar bahasa yang ditentukan.
Tetapi kalau ’isi’ tidak ada, bagaimana hebat pun di canangkan kehebatan dan keunggulan ’kulit’ tidak ada orang lain yang akan peduli. Yang mahu peduli hanya mereka-mereka yang memang pengkaji dan pencinta bidang ’kulit’.
Kalau ilmu bangsa Melayu tidak diberi fokus untuk dimajukan agar boleh menyumbang kepada tamadun kemanusiaan, bukan sahaja Bahasa Melayu tapi adakah bangsa Melayu itu sendiri masih relevan dimasa hadapan, terutama dengan fenomena globalisasi?
Kita selalu mendengar keluhan ahli ilmiah tempatan mengenai lambatnya terjemahan buku-buku dan bahan-bahan ilmiah dalam bahasa Inggeris khasnya kepada bahasa Melayu terutama dalam bidang teknologi. Ini sebenarnya satu pengiktirafan kita bahawa ilmu yang kita perlukan itu masih ada pada bangsa lain, jika tidak masakan kita beria-ia benar untuk menterjemahkan bahan-bahan ini sehingga ditubuhkan satu badan khas penterjamahan di peringkat kebangsaan.
Renungkan. Rasa-rasa nya ada tidak ahli akademik teknologi Amerika Syarikat atau England yang mengeluh, kenapa lambat sangat penterjemahan buku dan bahan ilmiah teknologi bangsa Melayu dalam Bahasa Melayu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris kerana mereka sangat memerlukan ilmu teknologi bangsa Melayu yang terkandung dalam bahan-bahan bahasa Melayu ini?
Seorang Profesor IPT tempatan mengatakan bahawa kayu ukur sebenar keunggulan pencapaian akademik kita ialah setakat mana bahan-bahan yang kita hasilkan menjadi rujukan atau di ”quote” oleh ahli akademik luar negara dalam kajian dan penulisan mereka, bukan setakat banyak mana bahan, kajian atau tesis yang dihasilkan (terutama nya jika bahan-bahan itu dihasilkan hanya dengan supervision tempatan). Saya amat bersetuju dengan penandaarasan ini. Kalau kita ada ’isi’ yang diperlukan orang lain, mereka akan membuat apa sahaja untuk mendapat ’isi’ berkenaan termasuklah mempelajari ’kulit’ yang membungkus ’isi’ berkenaan.
Bukan sahaja di bidang teknologi, tetapi di bidang lain pun perkara sama boleh dijadi kayu pengukur. Sebagai contoh, bahan penulisan oleh Stephen Covey yang menjadi best seller antarabangsa telah pun banyak diterjemah kedalam Bahasa Melayu. ”First Thing First”, ”7 Habits” dan ”8th Habit” misalnya sudah ada terjemahan di pasaran tempatan.
Rasanya berapa buah penerbitan dalam bidang sama oleh bangsa Melayu dalam Bahasa Melayu yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris oleh penerbit mereka kerana penerimaan dan permintaan yang begitu mendesak di luar negara?
Pokoknya, jika kita ingin mendaulat kan Bahasa Melaya dan inginkan ia nya di daulatkan oleh orang lain dalam jangka masa panjang, kita kena pastikan dahulu ilmu bangsa Melayu itu menjadi unggul sehingga menjadi rebutan bangsa-bangsa lain. Pada masa itu mahu tidak mahu sesiapa yang mahukan ilmu bangsa Melayu boleh diwajibkan belajar Bahasa Melayu sebagai syarat.
Buat masa ini fokus bangsa Melayu mesti kepada meningkatkan ilmu bangsa kita sendiri. Jika dalam proses peningkatan itu kita perlu belajar dan menguasai bahasa Ingggeris (atau bahasa German, Jepun, Perancis dan lain-lain lagi) maka itu satu cabaran yang perlu kita hadapai dan atasi. Kalau kita asyik lari dari cabaran satu hari nanti kita takut bangsa Melayu itu sendiri akan tidak menjadi relevan dan hapus ditelan zaman. Kalau bangsa Melayu sudah tidak relevan kerana kedangkalan ilmu kita, apa lagi nak dihebohkan mengenai Bahasa Melayu?
Yang penting, apa juga bahasa pengantar yang kita gunakan untuk meningkatkan ilmu, jatidiri kita sebagai bangsa Melayu perlu terus di pelihara, untuk memastikan kelangsungan bangsa kita.
Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

YAB TPM menyeru kepada UMNO mengenai apa yang saya telah nyatakan dalam artikel ini - utamakan ilmu dan kekuatan bangsa ..... dilaporkan dalam Star Online, 25 March 2009.
ReplyDelete_____________________________________________
Wednesday March 25, 2009
Embrace English, says Najib
STOP wasting time politicising the learning of English and embrace the language without fear, Umno deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak said.
He said learning another language would not diminish the Malay race but would make them stronger and that the younger generation should master the English language.
“Let us not waste any more time. Stop these pointless polemics. Put an end to the ridiculous politicising of this issue,” he told delegates from Wanita, Youth and Puteri wings last night.
Najib, who is also Deputy Prime Minister, was referring to the ongoing debate over whether the teaching of Maths and Science in English should continue.
He said the special position of the Malay language would always be upheld no matter what happened but that the language of the people would be of no use if the people themselves perished.
“Consider Latin after the collapse of Rome. It is now almost extinct except for ceremonial use in academic institutions and traditional ceremonies,” he said.
Sanskrit, the Incan and Aztec languages, he added, had all perished with the extinction of the people who spoke them.
“The more important consideration is strengthening the people or the race that speaks the language,” he said.
Najib said only people of great strength and high standing would raise the dignity of their own language, culture and value system.
“To do this, we must first master knowledge and wisdom, much of which is today documented in the English language. Therefore, our younger generation must master the English language,” he said.